Ciri-ciri Stesen Stesen_MRT_Cochrane

Lokasi

Stesen ini terletak di Cheras, Kuala Lumpur di sebelah barat laut persimpangan Jalan Cochrane dan Jalan Shelley. Stesen ini disambungkan dengan dua pusat membeli-belah iaitu pusat membeli-belah MyTown (yang juga menempatkan IKEA Cheras) terletak kira-kira 100m utara stesen dan Sunway Velocity Mall terletak kira-kira 500m selatan stesen. Selain itu, mercu tanda lain sekitar stesen adalah ibu pejabat St. John Ambulans Malaysia, PPR Laksamana, SK Convent Jln Peel (M), SMK Cochrane, SK Cochrane Perkasa dan Gereja Katolik The Sacred Heart of Jesus (1960).

Pelan stesen

GAras tanahPintu masuk/keluar, laluan pejalan kaki ke pusat membeli-belah Sunway Velocity Mall, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian
B1Aras legar atasSambungan aras legar bawah dengan pintu A, pintu B, dan laluan pejalan kaki ke pusat membeli-belah MyTown
B2Aras legar bawahMesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan
B3
Platform
SBK Arah Selatan Laluan Sungai Buloh–Kajang menghala ke  SBK35  Kajang (Aeon-Maluri)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan
SBK Arah Utara Laluan Sungai Buloh–Kajang menghala ke  SBK01  Sungai Buloh (Tun Razak Exchange)

Stesen ini adalah stesen bawah tanah dengan empat tingkat: aras tanah, aras legar atas, aras legar bawah dan aras platform. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di bawah ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[2]

Reka Bentuk Dalaman

Sama dengan stesen-stesen MRT bawah tanah yang lain, bagunan pintu stesen diinspirasikan dripada kristal kuarza yang boleh dijumpai di the permatang kuarza Bukit Tabur di Gombak, Selangor. Untuk bahagian dalam stesen-stesen MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang, stesen Muzium Negara telah diberi tema "Kehidupan Bandar".[3]

Perkhidmatan bas

Bas RapidKL laluan T352, T400, T401 dan 420 berkhidmat di stesen ini.